Aufahanie Dedah Kekasih Nidza Afham Orang Terakhir Dihubungi Arwah - “Dia Hanya Duduk Berdua Dengan Umi Saya”
Khairil Khusyairi
15/08/2024 03:58 MYT
15/08/2024 03:58 MYT
Penyanyi, Aufahanie mendedahkan dia dan ahli keluarga mula sedar tentang kehilangan abangnya, Nidza Afham selepas dimaklumkan oleh kekasih kepada arwah abangnya itu yang dikenali sebagai Hazmiera.
Menurut Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar berkata, kekasih arwah abangnya itu merupakan individu yang terakhir berkomunikasi dan merupakan individu yang pertama mengetahui mengenai kehilangan Nidza.
Tambah Aufahanie, dia dan ahli keluarga tidak sedar akan kehilangan Nidza tanpa bantuan kekasih arwah abangnya itu.
“Dia adalah orang terakhir yang berhubung dengan arwah dia adalah orang yang pertama tahu arwah hilang.
“Kalau bukan sebab dia (kekasih) mungkin kami tak sedar pun arwah hilang.
“Waktu kami sedar tu pun dalam jam 1.30 pagi, Umi saya pun dah tidur. Kalau sampai ke sudah kami bangun pagi, tak perasan dia tak ada dalam bilik, memang kami tak sedar dengan kehilangan arwah
“Dengan bantuan kekasih arwah yang ada lokasi terakhir dia, kami dapat bertindak dengan pantas dan pergi ke kawasan sekitar Jabatan Sungai Klang untuk mencari arwah ketika hilang,” kongsinya kepada pemberita.
Aufahanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada pagi Khamis.
Ditanya mengenai keadaan terkini kekasih kepada arwah Nidza, Aufahanie memaklumkan bahawa wanita berkenaan masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.
“Kekasih arwah juga sama seperti kami ketika ini, dia sangat sedih dengan berita ini dan dia memang tak jangka langsung nak jadi macam ini.
“Ketika ini dia sangat emosi dan hanya duduk berdua dengan umi saya.”
“Kami ahli keluarga memang biarkan mereka berdua sendirian ketika ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.
Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam tadi adalah Nidza Afham.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.
Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah.