Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Aunty Pula Yang Sebak...”- Dapat iPhone, Anak Que Haidar Menangis Terharu...

Syafiqah Jalal
29/10/2019 06:40 MYT
Video anak kepada aktor Que Haidar, Tengku Ratu menangis terharu selepas menerima hadiah telefon pintar jenama iPhone mendapat perhatian warganet.

Video tersebut dimuat naik oleh Que ke akaun Instagram miliknya dan memberitahu ia merupakan telefon pertama anaknya itu.

“Her fist phone,” tulisnya.

Menerusi video tersebut Ratu, 9, terus mengalirkan air mata saat membuka bungkusan hadiah tersebut dan mendapati ia merupakan sebuah telefon iPhone.

Rata-rata pengikutnya turut sebak serta tersentuh melihat reaksi Ratu yang begitu menghargai serta terharu dengan pemberian tersebut.

“Aunty pula yang sebak.

“Lembutnya hati Ratu, menghargai sangat apa yang dia dapat dari parent.

“Aduhai reaksi dia buat kita pula sama nak nangis,” komen pengikutnya.

Difahamkan hadiah tersebut diberikan sempena menyambut ulang tahu kelahiran Ratu.

Namun menerusi entri terbaharu Que, turut menujukkan anak keduanya Tengku Cleopatra, 7, menerima hadiah sebuah telefon bimbit jenama lain.

Untuk rekod, Que mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Tengku Ratu, 9, dan Tengku Cleopatra, 7.

her first phone.. ?

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

#Anak #Que Haidar #Menangis #Phone
;