Laman Utama

Aurel Jawab Berita Bapanya, Anang Hermansyah Meninggal Dunia

Maliah Surip
29/06/2021
00:20 MYT
Penyanyi Aurel Hermansyah menjawab khabar mengejutkan mengenai berita bapanya, pelaku seni Anang Hermansyah telah meninggal dunia.
Khabar Anang meninggal dunia telah tersebar di Facebook dengan individu pertama yang menyebarkan berita tersebut bernama Siti. Siti dipercayai telah berkongsi berita tersebut dalam sebuah grup iaitu Grup Suara Hati Istri Indosiar.
"Berita Duka.. Innalillahi Selamat Jalan Untuk Selamanya, Anang Hermansyah "Semoga Seluruh Keluarga Diberi Ketabahan Dan Ikhlas"," tulis individu tersebut.
Bersama keterangan tersebut, terlihat gambar Anang terbaring lemah dengan menggunakan sokongan oksigen.
Terkejut dengan berita tersebut, Aurel membantah tegas. Dia mengatakan saat ini bapanya berada dalam keadaan sihat dan menempik netizen yang menyebarkan berita palsu tersebut.
"Astagfirullah!!! Orang jahat sangat buat berita macam ini!" tulisnya di Instagram.
Isteri Atta Halilintar itu juga dilihat menulis: "Bapak saya sehat!!!! Ini berita Hoax (palsu)!!"
Tidak berhenti di situ, anak perempuan Krisdayanti ini meminta netizen beramai ramai membantu mencari individu yang menyebarkan berita palsu mengenai kematian bapanya.
Dia meminta sesiapa yang mengetahui tentang individu tersebut agar menghubunginya menerusi DM.
Sebelum ini media Indonesia melaporkan Anang jatuh sakit kerana mempunyai masalah batu karang.
Kredit Foto: Detik Instagram: @aurelie.hermansyah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.