Memang tersentuh hati melihat anak yang memahami tentang kasih sayang seorang ibu.

Walaupun sekadar mendengar nyanyian ibu, tetapi liriknya menyentuh perasaan sehingga mengalirkan airmata.

Itulah yang terjadi pada Edra Rafael, cahaya mata kepada Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie ini.

Dalam satu entri di Instagramnya, Emelda memuat naik sebuah videonya menyanyi bersama anak lelakinya itu.

Tanpa disedari Edra mula menangis kerana maksud lagu tersebut benar-benar menusuk jiwanya.

Auwww.. kesian Edra. Nyanyian mummy menusuk ke hati❤️❤️❤️? I love u too Edra, So Much! @edrarafaeladlin Walaupun menangis tetap menyanyi jugak?

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on


"Auwww... Kesian Edra. Nyanyian Mummy menusuk ke hati. I love you too Edra, so much!

"Walaupun menangis tetap menyanyi jugak," seloroh Emelda.

Anak-anak yang dididik dengan penuh kasih sayang mesti tahu perasaan disayangi dan menyayangi.

Kredit Gambar: Instagram