Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Avanza 2022, Bukan Lagi Kereta Ustazah”- Ramai Tak Sabar Toyota Baru Masuk Malaysia?

Syafiqah Jalal
17/03/2022 13:37 MYT
Sejak dahulu lagi kereta Avanza dikatakan sinonim dengan guru agama atau ustazah yang memandu untuk bawa ke sekolah atau kelas mengaji.

Mana tidaknya, Avanza jenama Toyota yang mempunyai tempat duduk tujuh orang itu pernah diberi nama ‘Kereta Ustazah’!

Baru-baru ini tular foto sebuah kereta yang dipercayai model Avanza terbaharu keluaran Toyota yang dilihat sudah diubah ciri-ciri rekaannya dengan lebih moden dan stylo!

Malah model Avanza 2022 itu dilihat lebih bergaya dan rekaannya nampak lebih muda sehinggakan netizen gelarkan ‘Avanza 2022, Bukan Lagi Kereta Ustazah’.

Lucu dengan gelaran itu rata-rata memberikan pelbagai reaksi dan komen terhadap model terbaharu itu yang difahamkan masih lagi belum dilancarkan di Malaysia.

“Macam ni gaya orang panggil kereta "anak ustazah" ni,” tulis salah seorang netizen.

“Ustazah alaf baru,smart pulak,tarik belakang jugak ke ni?” komen salah seorang warga maya.

“Auto ustazah rock kalau naik ni,” kata salah seorang warga net.

Menerusi satu lagi posting di Facebook oleh Farid Zainol memberitahu produa Alza yang bakal dilancarkan pada Mei atau Jun ini kemungkinan ada kaitan dengan Avanza baru itu.

“Smart Toyota Avanza baru ni.

“Nanti, bulan 5 atau 6 (date dan bulan masih belom dapat confirmation), new model Perodua Alza akan masuk

“Design new Perodua Alza, masih belom diketahui lagi macam mana.Tunggguuuuuuuu,” tulisnya yang turut berkongsi foto Avanza terbaharu itu.

Gempak juga masih belum mengetahui tentang kesahihan mengenai model jenama Toyota ini tetapi yang pasti daripada apa yang dilihat kereta itu dilancarkan di luar negara dan tempat duduk pemandu juga berada di sebelah kiri.

Dari pencarian google difahamkan kereta itu telah dilancarkan pada penghujung tahun lalu.

#Toyota #Ustazah #Automotif #Avanza #Avanza 2022 #Kereta Ustazah #Peroduo
;