Berita baik buat peminat Marvel dan Disney khususnya kanak-kanak, pengeluar Photobook bakal memberi satu juta unit 'Kids Fun Books' yang menampilkan karakter popular berkenaan secara percuma.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Photobook Malaysia, Leow Wee Jonn, kolaborasi antara Photobook dan Walt Disney dilihat amat sesuai ketika ini khususnya untuk merancakkan lagi aktiviti kanak-kanak ketika di rumah.

"Kolaborasi ini membolehkan pelanggan kami menghasilkan buku foto mengikut kesukaan mereka. Oleh itu produk ini akan menjadi lebih unik.

"Malah menerusi kolaborasi ini, pengguna berpeluang memasuki 'dunia' Disney dengan meletakkan nama, gambar, dan kata-kata kegemaran mereka mengikut citarasa masing-masing," katanya.

Difahamkan, selain karakter Marvel edisi ini turut menampilkan karakter kegemaran ramai termasuk Mickey dan rakan-rakan, Tsum Tsum serta Frozen.

Kesemua karakter ini boleh didapati menerusi rangkaian produk termasuk buku foto, pelekat label, buku nota, tag bag bagaisu, baju, sarung laptop dan lain-lain.

Untuk pemberian 'Kids Fun Book' pula, ia telah pun dibuka kepada orang ramai bermula sekarang hingga 31 Mac 2020.

Anda boleh tebus secara eksklusif di aplikasi Photobook dan kesemua barangan akan dihantar selepas 1 April 2020.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.photobook.com.my.