Laman Utama
"Awak Ada Lesung Pipt Sama Macam Daddy"- Isteri Zaki Azeman Selamat Bersalin Normal Bayi Hampir 4kg
Pelakon Zaki Azeman teruja apabila menimang cahaya mata sulung semalam selepas isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Serdang, Selangor.
Zaki mengesahkan berita gembira berkenaan di akaun Instagram miliknya.
"Assalamualaikan anak daddy. Isteri selamat melahirkan bayi lelaki pukul 5 pagi tadi (Sabtu).
"Sorry yang mana call atau mesej kami dia tak cukup rehat," maklumnya.
Sementara itu, isterinya, Siti Nurshaira Ahmad atau lebih dikenali dengan Raa Sazuran turut bersyukur apabila dapat melahirkan seorang putera seberat hampir 4 kilogram secara normal.
"Alhamdulillah syukur untuk segalanya. Baby Boy 3.73 kg Normal , besar betul ya.
"Maka dengan ini bermula lah journey baru as mom and dad ya.
"Terima kasih jugak semua yang mendoakan untuk kami. Tak henti henti dapat notifications dari korang ? nanti Raa baca satu satu ok!" tulis isterinya dalam satu hantaran di IG.
Dalam pada itu, Zaki yang masih tidak mendedahkan wajah anaknya itu meluahkan rasa teruja tentang kecomelan anaknya.
"Awak ada lesung pipit sama macam daddy sayang," tulisnya di InstaStory.
Untuk rekod Zaki dan Raa Suzuran mendirikan rumah tangga pada 29 Mei tahun lalu.
Must-Watch Video