Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Awak Belajar Vokal Dekat Mana Datuk Aliff?" - Ini Nasihat Erra Fazira Pada Aliff Syukri

Rozaimi Zubaidi
28/05/2019 03:07 MYT
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui kesal apabila ada pihak yang mempertikaikan bakatnya sebagai seorang penyanyi.

Perkara itu dikongsi menerusi sepotong video yang dimuat naik di entri akaun Instagram miliknya.

"Cuba anda ditempat saya apa anda rasa? 4 petang (semalam) hanya di youtube saya Terlajak Laris," tulisnya.

Tersentuh melihat luahan yang dilakukan oleh Aliff, penyanyi dan pelakon Erra Fazira tampil memberi nasihat kepadanya supaya mengambil kelas vokal agar dapat memperbaiki mutu nyanyiannya.



"Salam Datuk Aliff (DA). Alaa cian, stress dah muka tu. Awak belajar vokal dekat mana DA?

"Cer lepas ni ambik guru vokal yang betul-betul dan buat sampai. Tak wow tak apa, tapi orang kata ada improvment yang tremendous.

"So hopefully DA kita ini pun tak la stress dengan kecaman orang. What say you dear?," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Erra dan berharap agar Aliff dapat mengambil kelas vokal untuk memantapkan lagi nyanyiannya.

Baru-baru ini projek lagu raya terbaru Aliff bersama usahawan kosmetik Nur Sajat dan penyanyi Zizi Kirana mendapat kritikan ramai di media sosial walaupun belum dilancarkan lagi sepenuhnya.
#Erra Fazira #Aliff Syukri
;