“Awak Buat Fitnah Secara Terbuka”- Mila Jirin

Syafiqah Jalal
Jun 26, 2018 05:34 MYT
Penyanyi Mila Jirin berang apabila ada pihak yang cuba memfitnah syarikat pernigaan pakej perkahwinannya di laman sosial sebuah portal.
Mila menerusi akaun Instagram (IG)nya mendedahkan seorang pemilik akaun IG bernama Suesharudin telah mendakwa makanan yang ditawarkan oleh syarikat katering penyanyi itu tidak sedap kerana menggunakan khidmat tukang masak Indonesia.
Menurut Mila, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut yang mencemarkan nama syarikatnya, Bizzmila.
"Perhatian @suesharudin awak buat fitnah secara terbuka tentang chef di @bizmilla_catering. Untuk maklumat, chef kami di BIZMILLA semuanya orang Malaysia.
"Memandangkan awak dah fitnah secara terbuka, saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sebab awak dah mencemarkan nama syarikat saya.
"Jika tiada permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam, saya akan teruskan dengan tindakan undang-undang," tulis Mila.
Baru-baru ini, Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di Malaysia mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai depan.
#Penyanyi #Mila Jirin #Penyanyi #Fitnah