Laman Utama
“Awak Ingat Rumah Awak Tu Gelanggang Wrestling Ke?” - Ara Johari Prihatin Jiran Atas Rumah Pukul Anak
Adat hidup berjiran, pasti ada hal-hal remeh penghuni berdekatan yang terpaksa dihadap bersama. Perkara yang serupa terpaksa dilalui oleh penyanyi Ara Johari semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, bintang Akademi Fantasia yang popular dengan lagu Bunga itu sempat merakam audio jiran tingkat atas yang didakwa sedang memarahi dan memukul anaknya.
“Hi jiran atas, saya tak kisah awak nak pukul anak or marah anak. Tapi teruk sangat tu awak belasah anak tu. Awak ingat rumah awak tu gelanggang wrestling ke?
“Fikirlah jiran bawah sikit. Sampai ke bawah dengar bising gila. Sebelum ni hang lempar sampah plastik semua pergi bawah sampai masuk balcony rumah aku, aku still boleh consider lagi. Lepastu tiap hari sampai pukul 3, 4 pagi bunyi orang berlari kat atas aku boleh maafkan lagi.
“Tapi sekarang ni, macam dah tak boleh nak maafkan dah ni. Teruk sangat pulak kau pukul anak kau. Masalah keluarga ni sis malas campur. Tapi sis nak jadi jiran prihatin jap,” tulisnya.
Dalam perkembangan terkini, Ara memberitahu yang dia telah menghubungi pengawal keselamatan kediamannya untuk memantau situasi berkenaan. Namun, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 24, berkata, jirannya itu enggan memberikan kerjasama.
“Pengawal keselamatan dah pergi check sebab takut anything happened. Tapi guard tu cakap jiran tersebut enggan membuka pintu walaupun loceng telah ditekan beberapa kali.
“Kita tengok lagi dua, tiga hari. Kalau berulang lagi, kita akan hubungi pihak berkenaan (berwajib) sebab mengganggu ketenteraman.
“Kita tak tahu dia pukul atau dera anak dia, apa yang Ara tahu dia cakap anak dia memang nakal. Tapi itu bukan cara nak ajar anak, itu je Ara boleh cakap. Siapa yang ada anak tu janganlah pukul anak,” katanya lagi.
Must-Watch Video