“Saya sudah jalankan perniagaan ini sejak tiga tahun lalu” demikian kata seorang bekas pramugara apabila dikatakan tidak berilmu selepas aktif menternak kambing.

Kenyataan itu sekali gus menepis dakwaan orang ramai mengatakan dia memilih pekerjaan sebaik diberhentikan kerja sebagai pramugara.

Menurut pemuda tersebut Mohd Fazrul Zainal Aribidin, dia bertugas sebagai pramugara selama lebih enam tahun sebelum khidmatnya ditamatkan pada November 2020 berikutan pandemik Covid-19.

Jelasnya, kira-kira dua tahun sebelum pemberhentiannya di sebuah syarikat penerbangan, dia telah pun berjinak-jinak dengan bidang penternakan.

“Saya sudah jalankan bisnes ini sejak saya bekerja sebagai krew kabin lagi. Awak tidak patut menilai orang daripada apa yang awak lihat.

“Apa yang saya pakai tidak membuatkan saya cetek ilmu. Saya masih Fazrul yang sama, itu tidak mengubah saya yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai krew kabin.

“Sekarang saya penternak kambing,” ujar anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang itu.

Tambahnya, menjaga kambing juga memerlukan ilmu pengetahuan yang luas.

“Tahukah anda untuk jaga kambing juga kita kena tahu banyak benda. Makanan, perubatan, stok bisnes dan sebagainya,” katanya.

Fazrul berkata demikian menerusi satu posting di akaun TikToknya.

Untuk makluman, beberapa video memaparkan Fazrul menjaga kambingnya tular di media sosial.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya memuji kesanggupan Fazrul ‘terjun’ dari bidang penerbangan kepada penternakan.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

@call.me.mamu

Reply to @johhn63

♬ original sound - Fazrul.isaac.zainal - Fazrul.isaac.zainalⓂ️