Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Awak Ni Tak Nampak Macam Artis Pun... Baik Sangat" - Netizen Puji Kebaikan Zara Zya

Asraf Aided 27/05/2019 | 06:53 MYT
Pelakon Zara Zya berkongsi sepotong video ketika dia beramah mesra dengan seorang kanak-kanak berstatus orang kelainan upaya (OKU) celebral palsy.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Zara mendoakan kanak-kanak itu agar sentiasa sihat dan kuat mengharungi kehidupan seharian.
"Sayang ni nama dia Alisa Fatehah, dia ada penyakit celebral palsy.
"Sama-sama kita doa supaya dia kuat dan sihat ya, ibu bapa Alisa please sayang dia sampai bila-bila ya.
"Saya tak dapat jumpa dia lama sebab masa ni nak berbuka dah, dapat bergambar dan ambil video je, membesar dengan baik ya sayang," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sayu melihat kanak-kanak itu, ada juga yang memuji kebaikan Zara.
"Awak ni kan, tak nampak macam artis pun, baik sangat, sayang awak dunia akhirat.
"Sedih tengok, kita bersyukurlah jadi insan yang sempurna.
"Sama macam sepupu saya, dia sakit celebral palsy juga, umur dia sekarang 14 tahun tapi masih nampak macam baby," tulis netizen.

Sayang ni nama diaAlisa Fatehah. Dia ada penyakit celebral palsy. Sama lah mcm watak yg @naimdanielx lakonkan dalam drama #pia Sama2 kita doa dia kuat dan sihat ye. Ibu bapa alisa please sayang dia sampai bila2 ye. Saya tak dpt jumpa dia lama sebab masa ni nak berbuka dah. Dapat bergambar dan ambil video je. Membesar dgn baik ye sayang ❤️

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Sedikit info mengenai Zara, pelakon kelahiran Perak ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2010 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Zara Zya
;