Laman Utama

“Awak Panggil Ramai Jatuhkan Saya…” - Isu 'Duit Palsu' RM10K, Tiktokers Akhirnya Buat Laporan Polis?

gempak
Hanafis Haris
22/05/2022
01:40 MYT
Sponsor Banner
“Awak Panggil Ramai Jatuhkan Saya…” - Isu 'Duit Palsu' RM10K, Tiktokers Akhirnya Buat Laporan Polis?

Kemelut isu duit palsu membabitkan pempengaruh terkenal dikenali sebagai Puteri Sari dengan seorang usahawan nampak gayanya masih belum berakhir.

Ini kerana menerusi satu video dimuat naik di TikTok baru-baru ini, Puteri Sari nekad untuk membuat laporan polis.

Menurutnya, ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak membuat laporan sebelum ‘menyerang’ usahawan berkenaan, namun dia sebenarnya mempunyai sebab-sebab tertentu.

“Ramai tertanya-tanya kenapa Puteri tak buat report.

“Kalau perasan masa gaduh Puteri dah bagi semua duit, korang cuba fikir macam mana puteri nak buat report tanpa bahan bukti duit palsu tu.

“Sebab duit-duit tu dekat dia.

“Kenapa tak report masa ada duit, ye betul, tapi nak buat macam mana setiap manusia buat silap, dalam kemarahan.

“Kenapa manager campak, korang kalau kat tempat saya, mesti buat benda sama.

"Dia maybe tengah marah, Puteri pun sama,” katanya.

Jelasnya, dia juga tidak sempat menyemak duit yang diterima memandangkan dia percaya usahawan itu seorang ‘founder’ yang ternama.

“Kenapa tak cek, dia kan founder besar, takkan nak cek depan-depan dia, lagi pun masa tu tengah beraya.

“Jadi disebabkan awak panggil ramai orang untuk jatuhkan saya, saya akan buat report sekarang dengan bukti duit palsu yang saya rekod,” katanya.

@puteriisarii Akan Buat Report Sekarang? #duitpalsu #sitijamumall #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp ♬ original sound - Puteri Sari

Sekadar info, isu ‘panas’ itu dikatakan tercetus apabila Puteri menerima tawaran ‘paid review’ untuk mempromosikan produk usahawan berkenaan.

Namun, dia kemudian menyedari wang bernilai RM10,000 yang diterima dalam bentuk tunai itu berkemungkinan adalah wang palsu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live