Laman Utama

“Awak Suruh Orang Meniduri Saya Beramai-Ramai…” - Bekas Menantu Zainal Abidin

gempak
Asyikin Mayudin
21/09/2023
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Awak Suruh Orang Meniduri Saya Beramai-Ramai…” - Bekas Menantu Zainal Abidin
Tular video bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia mendakwa pernah dilayan dengan buruk malah dihina oleh bekas suaminya, Mohd Zaiza di TikTok baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Sofia berkata Zaiza itu turut memanggilnya dengan gelaran kurang sopan selain turut mendakwa keluarga bekas suami mengendahkan kesusahan yang dialaminya
"Wahai Mohd Zaiza Zainal Abidin, awak tak ada hak nak panggil saya sundal babi atau anjing. Sundal babi anjing ini lah yang banyak berkorban menyara awak dan anak-anak.
"Dia mengaku sendiri satu keluarga dia gelakkan saya dengan kesusahan kesulitan saya. Tak mengapa, gelaklah dan berpesta lah kerana hari kalian akan tiba. Anak-anak itu semua cerminan orang tua,” katanya.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu juga mendakwa bekas suaminya telah meminta beberapa orang untuk memperkosanya secara beramai-ramai di hadapan umum.
"Cerita disini bukan nak aibkan, kerana setengah mati saya pernah dibuatnya dan dibawanya JAIS ke rumah saya namun sia-sia. Sungguh hitam hati awak. Sampai begitu sekali.
“Awak suruh anggota meniduri saya beramai-ramai di tempat awam di lobby rumah saya di hadapan orang ramai. Kejam sungguh,” dedahnya.
Pada perkongsian yang sama, Sofia berkata dia berani untuk bersuara kerana mempunyai segala bukti untuk mendakwa bekas suaminya telah berlaku kejam terhadap dirinya.
"Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya. Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat.
"Tidak pernah sekalipun adik beradik saya serta saudara mara saya masuk campur dan memberi pandangan buruk terhadap perkara yang berlaku apalagi mereka bukan Islam.
"Mohon jangan buat yang bukan Islam berasa ragu serta berpandangan negatif dengan agama Islam yang sebenarnya sungguh mudah dan indah.
“Tunjukkan lah contoh yang baik. Sekurangnya saya mati, saya tak menyesal kerana dah berjuang,” ujarnya.
BACA SINI: Seperti Drama ‘Hijrah Jannah’, Suzur Sofia Kongsi Pengalaman Bergelar Mualaf Selepas Berkahwin Dengan Anak Zainal Abidin - “Walaupun Sukar Tapi…”
Terdahulu, Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya, Suzur Sofia.
Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live