Personaliti media sosial, Sharifah Rose menempelak netizen yang masih mempunyai tanggapan buruk terhadap dirinya selepas menjalinkan hubungan percintaan dengan anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.

Tegas Rose, individu terbabit tidak berhak untuk bersuara serta menjatuhkan hukuman memandangkan dia hanya orang luar.

"Pertama sekali, awak bukan Tyra dan awak harus mengetahui tempat awak dengan lebih baik. Awak tidak tahu apa-apa tentang hubungan orang lain jadi tutup mulut.

"Saya bosan dengan pendapat buruk awak seperti ada yang memintanya. Perbaiki tingkah laku awak dan dapatkan kehidupan mungkin akan ada seseorang yang mengikuti awak di Instagram," tulisnya.

Pemilik akaun yang menggunakan nama @IbuPeri_ ini telah mencetus kemarahan selepas meninggalkan kata-kata kesat di sebuah entri di mana Rose kongsikan foto bersama Aazief.

"Sebelum ni plan nak rampas ke?" soal netizen itu.



Rose dan Aazief menjadi pasangan kekasih selepas Aazief berpisah dengan pengasas dan pemilik jenama kosmetik BeauTYRA, Tyra Kamaruzzaman.

BACA: Putus Cinta Dengan Tyra Kamaruzzaman, Aazief Khalid 'Spill The Tea'... Rupa-Rupanya....

BACA: "Saya Bukan Punca Aazief & Tyra Berpisah" - Sharifah Rose

Terdahulu, Rose pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.