Hiburan

Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"

Amri Hassan
05/05/2024
09:55 MYT
Selepas kejayaan podcast Hitam Putih yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datin Seri Adzliana Hasan dan selebriti Datuk Rosyam Nor, Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
Kata Awal, program bual bicara itu akan ditayangkan sebanyak 15 episod dan akan menampilkan kisah-kisah inspirasi masyarakat termasuk golongan selebriti yang berjaya.
"Antara program terbaharu yang akan ditayangkan adalah sebuah program bual bicara yang berkonsep segar yang mana akan dikendalikan oleh saya dan Adzliana sebagai hos.
"Program yang akan ditayangkan selama 15 episod ini akan menampilkan beberapa selebriti tanah air dan mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam mencapai kejayaan.
"Saya percaya program baru ini memberi nafas baharu dan pilihan yang sedikit berbeza kepada penonton. Kita mahu sajikan sesuatu yang lebih segar dan bersifat santai kepada penonton selain boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang melihatnya," katanya kepada Gempak.
Awal ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Usanita dan pelantikan Awal sebagai wajah Usanita di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Acara itu turut dimeriahkan oleh kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perspektif baharu Usanita

Sementara itu, Adzliana berkata, pihaknya yakin kerjasama bersama Awal akan memberi perspektif baharu kepada Usanita dengan cadangan dan pandangan yang akan diberikan.
"Peranan Awal bukan saja sebagai hos dan wajah Usanita, tetapi Awal akan membantu Usanita dalam memberikan pelbagai tips dan perkongsian mengenai penjenamaan, penjagaan diri sebagai usahawan dan cara untuk tampil berkeyakinan bersama Perintis Usanita secara maya dan juga secara bersemuka pada tahun ini.
"Sejajar dengan matlamat Usanita untuk menawan media sosial pada tahun ini, Usanita bukan sahaja melahirkan program sendiri namun sentiasa bekerjasama dengan pencipta kandungan media sosial yang lain.
"Selain bakal tampil bersama Awal, Usanita akan bekerjasama dengan sebuah rancangan podcast yang sedang meningkat naik iaitu Apa Cerita? yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin yang mana selama 10 episod istimewa ini akan memaparkan sesuatu yang istimewa dengan suntikan penjenamaan Usanita," katanya.
Dalam pada itu, Usanita yang sudah empat tahun dibangunkan sebagai satu entiti pemudah cara bagi golongan usahawan terutama dalam kalangan B40 yang perlu dibantu bakal bekerjasama dengan pihak kerajaan di Indonesia untuk menjalankan program mega iaitu 'Bridge to Brilliance' tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Usanita Jalin Kerjasama Kreatif Indonesia-Malaysia, Erma Fatima Optimis Kembalikan Kegemilangan 80-an, 90-an! - "Kedua-Dua Negara Punya Kekuatan"

gempak
02/07/2024
17:07 MYT
Usanita Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam perniagaan apabila bakal menceburi indutri kreatif.
Gaya Hidup

Rizman Ruzaini Bayar Naomi Campbell RM3 Juta Untuk Fashion Show Dubai - "Ibaratnya Beli Banglo Cash"

gempak
04/06/2024
15:04 MYT
Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan pihak mereka membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk mendapatkan peragawati tersohor dunia, Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen di Dubai akhir tahun lalu.
Viral

Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

gempak
03/06/2024
12:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar berkongsi kisah seram yang dialami ketika menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan di Melaka.
Viral

Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

gempak
17/05/2024
06:55 MYT
Sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari. Bagaimanapun, apa yang memisahkan antara lelaki dan perempuan di dalam rumah berkenaan hanyalah satu dinding mudah alih yang disediakan dan digunakan ha
Hiburan

“Caci, Maki, Hinaan Adakah Dihalalkan?” - Scha Al-Yahya Anggap Rezeki Sudah Ditetapkan

gempak
14/05/2024
02:55 MYT
Nama pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya turut tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 yang disenaraikan oleh netizen di laman sosial sejak beberapa hari ini.