,
Laman Utama

Awal Ashaari Tak Kecil Hati Dihentikan Khidmat Bersama Melodi, Lepaskan Tugas Kepada Nabila Huda!

Asraf Aided
25/07/2021
07:15 MYT
Hari ini menyaksikan hari terakhir pengacara popular Awal Ashaari bersiaran menerusi program hiburan Melodi.
Ia adalah susulan Awal menerima notis penamatan kontrak dari pihak Media Prima Berhad kira-kira dua minggu lalu.
Menurut Awal, dia terkejut dan ralat dengan notis yang diberikan dalam tempoh masa yang agak singkat.
"Jumaat 25 Julai 2021 merupakan hari terakhir saya bersama Melodi, sepanjang MCO, kami bersiaran secara virtual, dan petang Jumaat merupakan rakaman saya yang terakhir bersama Janna, di rumah kami masing-masing.
"Dua minggu? Tentunya satu keputusan yang sukar diterima di saat anak seni rata-rata berdepan dengan kekakangan tidak boleh bekerja, dan industri seni tidak dibenarkan beroperasi, khidmat yang saya curahkan sepanjang 8 tahun bergelar Pengacara Melodi seolah olah terhenti begitu sahaja.
"Ralat, itulah ungkapan yang paling tepat buat masa ini, ralat tak sempat balik ke set Melodi untuk episod akhir, ralat tak dapat buat proper handover kepada bakal pengganti saya, ralat tak dapat jumpa team Melodi yang dah macam keluarga sendiri," katanya.
Awal berkogsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, suami kepada pengacara Scha Alyahya ini tidak berkecil hati dan mengharapkan pengganti dia dan Janna Nick dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
"Saya percaya kepada rezeki, qada dan qadar, bukanlah niat untuk menongkat langit. Usia lapan tahun sudah cukup untuk mana mana pengacara matang dan beroleh kepuasan dalam program kelolaan mereka. Saya reda dan sikit pun tak ambil hati.
"Kepada pengganti saya di Melodi, tahniah dan saya yakin awak mampu menggalas tanggungjawab ini.
"Melodi bukan sekadar kerjaya, tetapi tanggungjawab dan legasi yang diamanahkan kepada setiap pengacaranya," katanya lagi.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram hari ini, Awal melepaskan tugasan sebagai pengacara Melodi kepada aktres dan hos Nabila Huda.
"Terima kasih Melodi untuk segalanya, saya akan simpan kenangan ini dalam lipatan sejarah kerjaya saya sepanjang 17 tahun menjadi anak seni.
"Kami lepaskan tugas ini kepada @kupu_kupu (Nabila Huda), Tahniah!" tulisnya.
Dalam pada itu, Nabila turut mengumumkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kata anak legenda rock Amy Search itu, dia akan melakukan yang terbaik sebagai hos solo program berkenaan.
"Saya masih baru, kalau ada kekurangan maafkan saya. Saya mungkin bukan yang terbaik, tetapi saya akan lakukan yang terbaik," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Buli Di Set Penggambaran, Nabila Huda Sifatkan Artis Sekarang Manja! - “Hal Personal Patut Simpan”

gempak
18/11/2024
09:30 MYT
Pelakon, Nabila Huda menasihati kepada pelakon baharu supaya tidak memberi sebarang kenyataan yang lebih mengenai isu buli dalam industri lakonan.
Hiburan

“Saya Suka Berfikir, Scha Pula Lebih Kepada Selesaikan Masalah Secara Bersemuka” - Ini Cara Awal & Scha Pujuk Pasangan

gempak
22/10/2024
21:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan isterinya, aktres, Scha Alyahya mempunyai cara tersendiri untuk memujuk pasangan masing-masing sekiranya berlaku perselisihan faham.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
Hiburan

Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”

gempak
29/09/2024
07:55 MYT
Siapa pencinta kucing pasti memahami perasaan pelakon terkenal Nabila Huda yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan haiwan kesayangannya dalam keadaan sakit dan semakin lemah.
Unitar