Awal Ashaari Yakinkan Rambutnya Boleh Dibawa Solat
Syafiqah Jalal
14/11/2018 08:51 MYT
14/11/2018 08:51 MYT
Pengacara Awal Ashaari menjadi perhatian apabila tampil dengan imej rambut berwarna keemasan atau blonde.
Menurut Awal, rambutnya itu bukan diwarnakan tetapi dilunturkan dan suami kepada Scha Al- Yahya itu meyakinkan ia boleh dibawa solat.
“It took me two days, and 7 times bleaching to achieved this look.
"Not even a single drop of hair dye was involved in the process. So it’s solat-able,” tulisnya.
Awal berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Penampilan Awal itu bagaimanapun mengejutkan ramai peminat serta pengikutnya di IG.
Rata-rata memberikan pendapat yang berbeza termasuk mengatakan imej itu tidak sesuai sebagai umat Islam kerana ia sudah mengubah ciptaan Tuhan.
Bagaimanapun, Awal terus mendiamkan diri tanpa membalas komen yang diturunkan kepadanya.