Laman Utama

“Awalnya Hanya Rancang Buat Konflik…” - Penerbit Dedah Jalan Cerita Asal Kalut Nak Kahwin

Shahrin Zulkifle
08/08/2022
11:00 MYT
Penerbit filem Kalut Nak Kahwin, Fara Syazween mendedahkan jalan cerita asal filem tersebut hanya memfokuskan pada masalah air di perumahan pangsapuri (flat) sahaja.
Namun, selepas idea itu dibentangkan kepada pengarah, Yusuf Yunus, mereka sepakat untuk mendapatkan bantuan pihak penerbit bagi mengembangkan jalan cerita filem berkenaan.
“Idea asal untuk Kalut Nak Kahwin ini dari saya sendiri, pada awalnya saya hanya rancang untuk buat cerita rumah flat yang konfliknya tiada air sahaja.
“Jadi dekat situ saya dah bayangkan, satu flat yang besar yang ramai penduduk tapi ada masalah gangguan air, memang akan jadi huru-hara kehidupan mereka.
“Idea saya diterima oleh Astro dan saya terus berceritakan kepada Yusuf untuk perbicangan selanjutnya, kata Yusuf jalan cerita tersebut perlu dikembangkan lagi.
“Kemudian kami berdua telah hubungi Aloy Paradoks (penulis skrip) untuk maklumkan berkenaan filem tersebut, dia suka dan bersetuju untuk kembangkan lagi jalan ceritanya supaya ada kelainan,” ujar Fara.
Filem komedi arahan Yusuf Yunus ini dibarisi oleh pelakon tanah air yang hebat seperti Amerul Affendi, Salih Yaacob, Kartina Aziz, Anas Ridzuan dan ramai lagi.
Menyahut baik permintaan Fara dan Yunus, Aloy menghabiskan masa untuk beberapa bulan bagi memastikan naskah tersebut berjaya dilengkapkan.
“Saya mengambil masa lebih kurang tiga hingga ke empat bulan untuk sempurnakah naskah ini secara berperingkat.
“Saya, Yunus dan Fara, kami adakan banyak perbincangan untuk dapatkan satu jalan cerita yang berlainan dan memerah idea bagaimana untuk besarkan lagi cerita ini.
“Maka hasil dari perbincangan, wujudlah Kalut Nak Kahwin yang membawa isu tiada air sewaktu persiapan majlis perkahwinan,” jelasnya.
Kalut Nak Kahwin mengisahkan keadaan hari majlis pernikahan dan persadingan Munirah yang menjadi kalut apabila Kawasan flat kediamananya mengalami gangguan air. Sebagai anak sulung, Mustakim berusaha menyelesaikan masalah dan memastikan hari Bahagia adiknya dapat diteruskan
Selain masalah air, banyak hal lain berlaku seperti insiden kebakaran, tok kadi yang mempunyai urusan lain dan pelamin yang tidak sempat siap. Di atas semangat kejiranan, semua penduduk flat cuba membantu walaupun semuanya dalam keadaan kalut.
Kalut Nak Kahwin kini sudah mula ditayangkan di pawagam rumah anda bermula 4 Ogos menerusi saluran Astro First (480). Langgan sekarang untuk menyaksikan lebih banyak filem menarik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!
Filem

Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

gempak
26/06/2024
09:29 MYT
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Filem

Pemenang Anugerah Filem Psychological Terbaik, Korsakoff Bakal Ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda!

gempak
08/03/2024
12:00 MYT
Naskhah asli karya D Alpha Legacy yang bergenre ‘psychological thriller’ berjudul 'Korsakoff' bakal ditayangkan di Astro First anda bermula 14 Mac ini.
Peraduan

Aquaman and The Lost Kingdom: Sewa & Menang di Astro First!

gempak
08/02/2024
09:11 MYT
Sewa & Menang hadiah eksklusif khas daripada Aquaman!