Penyanyi Amelina akhirnya berkongsi kisah perceraian dengan bekas suaminya, Reduan Mahmood.

Dedah Amelina, mereka telah bercerai pada 29 Jun 2019 selepas 17 berkahwin.

"Ramai yang nak tahu bila tarikh perkahwinan Kak Long dan bila Kak Long berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yang gelarkan kaklong JA6.

"Sebab perceraian Kak Long tidak kecoh kerana lawyer menguruskan dengan baik dan dia terbaik dalam mengendalikan kes Kak Long.

"Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sangat-sangat membantu Kak Long pada masa itu.

"Kaklong berkahwin 26 April 1999 dan perkahwinan berakhir 29 June 2016," tulisnya bersama sepotong video di mahkamah sekitar 5 tahun lalu.

Bercerita lebih lanjut kata Amelina dia berdepan detik kemurungan apabila terpaksa mencari nafkah untuk membesarkan keenam-enam anaknya sendirian.

"Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah Kak Long single dan bergelar ibu tunggal.

"Awalnya Kak Long rasa kemurungan, amat sedih dan hilang keyakinan diri. Adakah kaklong mampu dalam usia yang senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 orang anak yang sedang membesar?

"Tetapi Kak Long ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ni sangat dipandang tinggi dalam masyarakat dan agama.

"Buktinya Kak Long sentiasa disayangi dan apa yang Kak Long buat untuk mencari rezeki sentiasa mudah dan dipermudahkan," tambahnya.

Pesan Amelina, sentiasa positif dan sedar diri akan memberikan aura terbaik kepada individu sekeliling.

"Yang penting kena pandai jaga diri..sedar diri sedar ruang..always humble..jangan berhasad dengki malah beri aura positif pada orang sekeliling...bahagiakan orang yang menyayangi kita.

"Kita kena yakin kita dalam golongan yang sentiasa dilindungi Allah," ujarnya.

THROWBACK sikit, ramai yg nak tahu bila tarikh perkahwinan kaklong dan bila kaklong berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yg gelarkan kan kaklong JA6 ?. Sebab perceraian kaklong tidak kecoh kerana lawyer kaklong menguruskan dgn baik iaitu @rizz2612 bagi kaklong dia yg sgt terbaik dlm.mengendalikan kes kaklong.. dan masa tu kaklong dibantu oleh kakak comel saya @mrsajai75 dan adik kaklong @mr.joe77 dan juga mak kaklong serta adik bongsu kaklong yg sentiasa disisi. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak mahkamah tinggi syariah seremban sgt2 membantu kaklong pada masa itu.? Kaklong berkahwin 26hb April 1999 dan perkahwinan kaklong berakhir 29hb June 2016. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah kaklong single dan bergelar ibu tunggal. Awalnya kaklong rasa kemurungan , amat sedih dan hilang keyakinan diri. Adakah kaklong mampu dlm usia yg senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 org ank2 yg sedang membesar. Tetapi kaklong ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ni sangat di pandang tinggi dlm masyarakat dan agama. BUKTI nya kaklong sentiasa disayangi dan apa yg kaklong buat tuk mencari rezeki sentiasa mudah dan di permudahkan. Yang penting kena pandai jaga diri..sedar diri sedar ruang..always humble..jangan berhasad dengki malah beri aura positif pada orang sekeliling...bahagiakan org yg menyayangi kita... dan kita kena yg yakin kita di dlm golongan yg sentiasa dilindungan ALLAH. YANG BAIK DIJADIKA TAULADAN YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KAKLONG DAN KELUARGA. AMIN... #stayhome

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


Amelina dan Reduan berkahwin pada 1999 dan sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu menghilangkan diri dari dunia hiburan.