Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Awalnya Saya Menangis…”- Positif Covid-19, Bayi Influencer Dimasukkan Ke Hospital Sungai Buloh

Syafiqah Jalal 11/10/2021 | 11:51 MYT
Selepas beberapa hari menjalani kuarantin di rumah, bayi kepada influencer, Aisyah Hijanah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut.
Menurut Aisyah anaknya, Khadeejah yang baru berusia 10 bulan itu menunjukkan simptom cirit-birit dengan sangat kerap.
“Takut sebenarnya nak berpisah jauh daripada family. Tapi demi kesihatan Khadeejah dan rawatan yang terbaik, kita go through sama-sama juga.
“Khadeejah ada simptom cirit birit lebih 5 kali 1 hari. Jadi, doktor terpaksa hantar ke Hospital Sg. Buloh,” katanya.
Aisyah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video saat Aisyah membawa anaknya ke hospital.
Kata Aisyah pada mulanya dia agak berat untuk pergi kerana bimbang tidak dapat menguruskan anaknya seorang diri.
“Awalnya menangis juga Aisyah sebab Khadeejah jenis melekat. Nak pergi mandi ke toilet pun susah sangat.
“Khadeejah menangis kuat sebab tempat baru. Tapi Alhamdulillah malam dia terus aktif balik. Siap berjoget atas katil,” ceritanya.
Terdahulu, Aisyah dan suaminya yang juga influencer Alif Teega mendapati anaknya positif Covid-19 selepas mereka berdua pulang dari Langkawi.
Namun mereka berdua disahkan negatif Covid-19 dan Khadeejah difahamkan dijangkiti wabak tersebut selepas mendapati ada dikalangan keluarga mereka membawa virus tersebut.

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

#Baby #hospital #Bayi #Influencer #COVID-19
;