Aweera Kembali Bersama MOJO, Lancar Lagu Baharu Judul Superstar!
Amri Hassan
07/02/2023 12:55 MYT
07/02/2023 12:55 MYT
Selepas sembilan tahun keluar dari MOJO, penyanyi Aweera kembali bersatu dengan dengan kumpulan yang dianggotai oleh Edry, Johar dan Denny.
Kata Aweera, perjuangannya bersama MOJO masih belum selesai dan mahu terus berkarya dalam muzik rock.
"Perjuangan saya bersama MOJO masih belum selesai demi meneruskan perjuangan legasi rock. Saya mula dikenali menerusi lagu-lagu MOJO dan 'Superstar' adalah buah tangan untuk penyokong-penyokong MOJO yang tidak jemu menyokong kami dari awal kemunculan sehingga kini.
"Saya juga amat berterima kasih kepada pihak KRU Music diatas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya dan MOJO untuk terus berkarya," ujar Aweera.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Music Sdn Bhd., Datuk Norman Abdul Halim, serentak dengan gabungan semula MOJO dan Aweera juga, kumpulan itu turut melancarkan single terbaharu berjudul Superstar.
"Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kumpulan MOJO telah bergabung semula dengan mengekalkan barisan asalnya iaitu Edry, Aweera, Johar dan Denny menerusi EP terbaru mereka berjudul 'Superstar' dan bakal mengadakan konsert solo sulung mereka pada penghujung 2023," maklum Norman.
MOJO yang bergerak dengan asas muzik rock moden itu ditubuhkan pada 2012 dan pernah memenangi pelbagai anugerah menerusi rangkaian lagu hebat seperti Andai Ku Bercinta Lagi, Romancinta dan Dahsyat.
Superstar lagu baru MOJO
'Superstar' merupakan judul single pertama dari EP MOJO adalah lagu rock moden yang secara sinis mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baru yang ingin untuk menjadi popular di dalam industri muzik.
Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim manakala video muzik 'Superstar' diarahkan oleh Syahmi Afif.
"Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai.
"Begitu pantas lebih 5 tahun telah berlalu, dan sebelum MOJO hilang dari ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru. Kami sangat teruja dengan EP yang mengandungi 4 lagu ini serta perancangan KRU Music. Kami sedia memberi komitmen 100 peratus," kata Johar, pemain drum MOJO.
Edry aktif walau di Manchester
Menurut komposer utama dan pemain keyboard MOJO, Edry Abdul Halim, tiada alasan untuknya kembali aktif biarpun berjauhan di Manchester, United Kingdom.
"Dengan kemudahan teknologi, saya rasa tiada masalah bagi saya untuk aktif semula dengan MOJO walaupun masih menetap di Manchester.
"Kini terdapat pelbagai platform untuk saya berkomunikasi dan berinteraksi secara digital bersama kumpulan MOJO dan terutama sekali bersama peminat di media sosial.
"Walaupun tidak mungkin saya dapat hadir kesemua aktiviti pentas dan promosi MOJO, saya akan tetap cuba meluangkan masa untuk kembali ke Malaysia bagi persembahan televisyen atau pentas utama sekiranya mendapat peluang," ujarnya.
Sementara itu, kata gitaris MOJO, lagu Superstar istimewa baginya memandangkan ia merupakan lagu pertama yang dirakamkan MOJO selepas sembilan tahun berpisah dengan Aweera.
"Lagu 'Superstar' juga adalah lagu rancak yang bertenaga yang dapat dijadikan sebagai lagu tema untuk comeback MOJO.
"Saya berharap MOJO akan terus bersemangat untuk berkarya kembali agar dapat memeriahkan industri muzik di Malaysia dan Indonesia," katanya.
Lagu 'Superstar' akan dilancarkan secara rasmi di platform penstriman digital pada 24 Februari 2023 sementara video muziknya akan ditayangkan di saluran YouTube KRU Music dan MOJO jam 8 malam pada hari yang sama.