ASTRO GEMPAK ARTICLE
Awi Rafael Kongsi Berita Kehilangan Ibu Tercinta - “Dengan Hati Yang Amat Berat..”
Penyanyi, Awi Rafael berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibunya, Azizah Bte Abdul Rahman meninggal dunia pada Jumaat.
Berita sedih itu dimaklumkan Awi atau nama sebenarnya Ahmad Wibawa Abdul Halim menerusi hantaran di Instagram malam tadi.

“Hari Jumaat yang penuh barakah ini, dengan hati yang amat berat, saya kehilangan insan paling berharga dalam hidup saya – ibu tercinta, Azizah Bte Abdul Rahman. Innalillahi wa inna ilayhi raji’un.
“Semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima segala amal ibadahnya, dan menempatkan beliau di syurga-Nya. Doakan untuk arwah ibu saya. Terima kasih. Amin,” tulisnya.
Awi turut memaklumkan tarikh pemergian ibunya iaitu pada 15 Ogos 2025 bersamaan hari Jumaat, semalam.
Bagaimanapun, pelantun lagu Pulanglah itu tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai punca pemergian ibunya.