Sejak kebelakangan ini, kecoh di laman sosial mengenai sebuah filem berkontroversi berjudul Mentega Terbang yang didakwa berunsurkan menghina, merendahkan dan mempersendakan agama Islam.

Isu tersebut telah menyorot perhatian dan mengundang pelbagai reaksi kurang senang orang ramai termasuk penyanyi rock Datuk Awie.

Menerusi muat naik di laman Facebook, Awie meluahkan rasa kesal dengan tindakan beberapa pelakon berbangsa Melayu di dalam filem tersebut yang sanggup membawa watak mempersenda Islam.

Malah, vokalis kumpulan Wings turut memberitahu dia ingin menampar muka pelakon tersebut.

“Aku macam nak bagi penampar dekat dekat pelakon Melayu Mentega Terbang c*bai ni. S*al punya Melayu, bermulanya era Melayu bang*at,” kata Awie.

Pun begitu, Awie dilihat telah memadam hantaran berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, platform penstriman Viu hentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari lalu.

SKMM menjelaskan, walaupun tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana tidak berada di bawah bidang kuasanya, suruhanjaya itu sudah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan filem Mentega Terbang.