Hiburan
Awie, Joe Wings Masam Muka?
Khabar yang Miss K terima dari seorang teman yang dipanggil Mat Rock ini sangat mengejutkan kerana sebagai peminat kumpulan rock lagenda ini, Miss K terkejut dan sedih.
Melihat pada tajuk yang Miss K tulis tu pun rasanya semua orang pun berkongsi rasa yang sama dengan Miss K dan tertanya-tanya tentang kesahihan beritanya kan?
Miss K sendiri pun macam percaya tak percaya bila dengar Mat Rock bercerita tentang perang dingin yang tercetus di antara vokalis dan pemain gitar kumpulan Wings itu.
Sambil-sambil menikmati hidangan ‘supper’ di atas meja, Mat Rock beritahu yang Awie dan Joe berselisih faham selepas pembatalan konsert di Sabah.
Kata Mat Rock, ada khabar angin mendakwa Awie kecil hati kerana pembatalan konsert tersebut berkait dengan Joe.
Tambah Mat Rock lagi, Awie memang betul-betul kecewa kerana sangat ‘looking forward’ untuk bertemu peminat Wings di Sabah.
“Aku dengar cerita, Joe ada ke rumah Awie ingin bertemu tetapi Awie tak mahu buka pintu. Marah betul dia kepada Joe. Tapi ada juga yang cakap mereka ada bertemu, dan cerita Awie tak mahu buka pintu tu, tipu!
“Haaa..lagi satu, konsert di Melaka 30 haribulan ini (malam ini) pun, khabarnya tempat Joe akan digantikan dengan pemain gitar yang tak kurang hebatnya, Edrie Hashim,” cerita Mat Rock bersungguh.
Itulah cerita yang sampai ke telinga Miss K malam semalam. Sejauh mana atau serius mana perselisihan faham yang berlaku antara Awie dan Joe Miss K tak pasti.
Tetapi Miss K harap, perkara ini cepat-cepat diselesaikan kerana Wings yang kita semua tahu, hubungan mereka akrab seperti keluarga.
Tidak sedaplah kalau pergaduhan tercetus hanya disebabkan oleh perkara-perkara yang boleh diselesaikan. Ye tak?
Miss K: Oh patutlah artis tu tak kisah putus cinta, rupa-rupanya tengah himpit VVVVVVVIP.
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!
Must-Watch Video