Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod keenam iaitu Husin kembali bersama zombi pada malam tadi.

Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Datuk Awie yang sinomin dengan watak Husin di dalam filem-filem Kampong Pisang terdahulu.

Kemunculan Husin yang pulang bercuti ke Kampong Pisang selama seminggu amat dinanti-nantikan selepas penduduk kampung diganggu serangan zombi.



Penduduk kampung mula berpakat mencari sebab tercetusnya ‘pengzombian’ dan ia ternyata berpunca daripada air yang diminum

Pak Jabit, Yasin, Cik Cun dan Cik Nab antara yang ketakutan akibat diserang zombi.

Namun, kekecohan melanda apabila Pak Karim telah minum air tersebut dan bertukar menjadi zombi. Semuanya akan terjawab pada episod kedua yang akan bersiaran minggu depan.

Meninjau ke laman Twitter, ramai wargamaya yang terhibur dengan kemunculan Husin diwaktu zombi menyerang orang kampung.

Bila Awie ada, baru feeling tengok Kampong Pisang bersiri siri. Awie dan Kampong Pisang tidak boleh dipisahkan,” komen seorang wargamaya.

Paling best episod ni Dato Awie kembali jadi Husin yang memang tak kering gusi & gigi,” puji seorang wargamaya.

Lawak lah cerita Kampon Pisang ni, ambulance yang datang amek mayat,” kata seorang wargamaya.

Husin is back! Sampai warung terus order milo ais,” ujar seorang wargamaya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).