Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri akan menemui penonton dengan episod keenam iaitu Husin kembali bersama zombi pada malam ini.

Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Datuk Awie yang sinomin dengan watak Husin di dalam filem-filem Kampong Pisang terdahulu.

Kisah bermula apabila Kampong Pisang digemparkan dengan kehadiran zombi dan semua penduduk ketakutan. ‘Pengzombian’ tercetus kerana anak muda yang gemar menikmati air ketum yang dicampur ubat nyamuk.

Malah, Pak Jabit dan Yasin diserang Zombi ketika melalui kawasan kebun getah.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Husin pula merupakan seorang pemuda yang hebat yang sering menjadi ketua pemuda-pemuda Kampong Pisang dalam menyelesaikan pelbagai perkara yang berlaku.

Kini sudah membawa diri keluar dari Kampong Pisang, Husin terpaksa kembali untuk membantu masalah serangan zombi. Adakah Husin berjaya selesaikan perkara ini?

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).