ASTRO GEMPAK ARTICLE
Awie Terkilan, Nama Dipetik Serang Shila Amzah - "Siapa Yang Terlajak Itu Cepat-Cepat.."
Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie meluahkan rasa terkilan apabila namanya dipetik berhubung insiden Shila Amzah diserang penyanyi legend di sebuah acara.
Awie menegaskan, dia tidak tahu mengenai perkara itu kerana tidak berada di tempat kejadian.
“Saya tidak ada kena mengena dan tidak berada di kawasan yang berlaku itu,” ujarnya menerusi panggilan telefon yang dilakukan hLive!
Terdahulu, Shila menyorot perhatian netizen selepas mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi lagenda.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS), Shila mendakwa dia diserang dihadapan orang ramai.
Dalam perkembangan lain, menerusi perkongsian semula hantaran pengurus Shila yang dikenali sebagai Aini berkongsi, pihak Shila telah membuat satu laporan polis untuk siasatan lanjut akan dijalankan.
Bagaimanapun, Shila tidak menyatakan siapakah penyanyi yang telah menyerangnya.
Tidak berada di tempat kejadian
Awie menegaskan, dia tidak tahu mengenai perkara itu kerana tidak berada di tempat kejadian.
“Saya ingin maklumkan di sini, kejadian antara Shila Amzah dengan sesiapa yang saya tidak tahu kerana kejadian itu berlaku semalam.
“Saya tidak ada kena mengena dan tidak berada di kawasan yang berlaku itu,” ujarnya menerusi panggilan telefon yang dilakukan hLive!
Henti tabur fitnah
Dalam pada itu, Awie juga meminta untuk berhenti menabur fitnah terhadap dirinya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambila tindakan sekiranya berlarutan.“Jadi saya mohon kepada semua untuk berhentilah membuat fitnah, cukuplah.
“Dan kalau siapa yang terlajak itu cepat-cepat datang jumpa saya untuk minta maaf,” tegasnya.