Hiburan
"Awww. So Sweet!" - Fasha Sandha Terima Kad Valentine's Day Daripada Siapa?
Sambutan Hari Kekasih turut dirasai pelakon cantik Fasha Sandha yang terkejut menerima sekeping kad ucapan bertulisan tangan.
Kad itu sebenarnya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh anak sulungnya, Putera Rayfal Ramli, 4.
Lebih manis, Rayfal menyerahkan hadiah istimewa itu yang disimpan dalam beg galasnya sejurus pulang daripada sesi persekolahan.
Kad yang bertulis 'Happy Valentine's Day' itu turut mendapat sentuhan artistik daripada Rayfal pada bahagian dalam.
"Awwwww. So sweet! Thank you sayang!" tulis Fasha pada kapsyen sepotong video yang dirakamnya ketika menerima kad ucapan itu.
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Malah, Fasha turut tersentuh dengan hadiah kad yang turut dilukis seekor gergasi itu.
"Hadiah Valentine pertama saya tahun ini, sangat comel," tambah Fasha.
Dalam kemaskini lain, Fasha turut memuat naik sepotong video kedua-dua anaknya, Rayfal dan Putri Raysha Jemyma, 3, yang menyifatkan mereka peneman setia setiap hari.
"Mereka menjadikan setiap hari adalah Valentine's Day. Hanya ini sahaja peneman setia ibu untuk Valentine's Day dan setiap hari," tulis Fasha lagi.
Perkongsian Fasha bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk mengecam tindakan Fasha yang seolah-olah meraikan Hari Kekasih.
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
"Jangan bangga sangat didik anak untuk meraikan Valentine's Day. Sangat menyedihkan," tulis salah seorang pengguna media sosial.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @fashasandha
Must-Watch Video