Sesi persekolahan bagi murid-murid sekolah rendah baru sahaja bermula bagi tahun ini. Pelbagai ragam dapat kita lihat menerusi gelagat mereka yang dirakam oleh lensa kamera telefon bimbit ibu bapa.
Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang murid. Menerusi video yang viral di media sosial baru-baru ini, seorang guru bertanya kepada seorang pelajar, apakah pekerjaan bapanya.
Cikgu: Ok Tasya, ayah kerja dekat mana?
Tasya: Ayah dah meninggal. Accident.
Cikgu: Ibu?
Tasya: Ibu pun… (geleng kepala)
Berkecai hati netizen apabila melihat perkongsian yang dimuat naik oleh guru tersebut. Rata-rata tidak dapat menahan sebak apabila mendapat tahu ada pelajar yang terpaksa mengharungi hidup tanpa kehadiran ibu dan bapa.
“Sayu rasa hati… teringat masa kecil dulu senasib dgn adik ni… tapi alhamdulillah, adik-beradik ramai yang dah bekerjaya masa tu. Tinggal pun dekat asrama.
“Kalau takda yang jaga kebajikan adik, ni tolonglah siapa-siapa yang kenal tu hantarlah ke asrama anak yatim di bawah naungan PEYATIM. Insha-Allah terjaga kebajikan dia,” tulis seorang pengguna Facebook.
“Semoga anak ini kuat, hiduplah jadi orang berguna membanggakan ibu dan ayahmu, doakan mereka ke Syurga,” ulas seorang netizen.
“Melalui minggu transisi maknanya adik baru darjah 1 lah ye? Acik dah 35 tahun, maknanya ujian adik lagi berat. Betapa kuatnya bahu mu. Acik dah menjerit tengok caption cikgu awak. Belum melalui lagi.
“Moga Allah jaga awak dan kesayangan acik dunia akhirat. Love u,” luah seorang lagi pengguna Facebook.
Izwan Isa
Thu Mar 24 2022

.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
![[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang [TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976159/thumbnails/29393824241656678001359_640x390.png)
[TAYANGAN PERDANA] Hantu Raya Pergi Perang
Cubaan Kadir Osman (KO) mengambil khidmat hantu raya untuk memenangi hati Manisah – gadis impiannya – secara langsung bakal menentukan nasib kampungnya yang dalam peperangan dengan sebuah syarikat korporasi gergasi yang ingin mengambil tanah kampungnya dengan bantuan Manisah. Nak tahu apa sambungan dia? Korang boleh Saksikan episod penuh Hantu Raya Pergi Perang di aplikasi sooka. Episod pertama PERCUMA. Korang boleh tekan dekat link ni terus! https://links.sooka.my/pKH2YPCEnhRevVit6 Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my. Langgan pelan VIP Entertainment pada rm15.90/sebulan
.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia
.jpg?ext=.jpg)
"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022
Tahniah Dato Hans
.jpg?ext=.jpg)
“Bakal Menjadi Album Of The Year…” – Peminat J-Hope BTS Mula Teruja
Yahooo tak sabar
