,
Berita

Ayah Da'i Syed 'Bersuara' - "Kami Dah Letih Nak Hadap Isu Semacam Ini, Apatah Lagi Adik-Adiknya Masih Belajar..."

Badrul Hashim
24/11/2020
17:43 MYT
Semalam kita dikejutkan dengan berita dakwaan tuduhan merogol oleh seorang pendakwah muda, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail yang memaksanya membuat laporan polis untuk membersihkan namanya.
Baca: Dituduh Merogol, Da’i Syed Buat Laporan Polis Terhadap Pengguna Twitter @ainnunnnajwa!
Tidak berapa lama kemudian, ayah kepada Syed Shah Iqmal, memuat naik satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya.
Berikut adalah kenyataan daripada ayah Da'i Syed.
"Assalamualaikum wbt.
"Firman Allah " Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (QS. Al-Anfaal)
"Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yang bertanya.
"Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.
"Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Alah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi.
"Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil.
"Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yg bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita.
"Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak. Kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.
"Bagi mereka² yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.
"Sabda Nabi "Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” - Hadist.
"Peringatan terbuka kepada Dai Syed: "Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu."
"Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati. Sekian.
"Seif Jamalullail Cairo."
Entri di Facebook tersebut telah mendapat 300 perkongsian dan lebih 1,400 tanda suka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gejala Buli Merisaukan, Tomok Pesan Pada Anak-Anak - “Kalau Ada Masalah Terus Beritahu Cikgu”

gempak
14/11/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Tomok mengakui sebagai seorang bapa , dia turut risau dengan gejala buli yang semakin kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.
Terkini

Sugul & Bersendirian Tiba Di Mahkamah, Da'i Syed Harap Keputusan Terbaik

gempak
05/11/2024
01:55 MYT
Da'i Syed yang tiba pukul 9 pagi lengkap bersut hanya mengharapkan keputusan yang baik-baik sahaja berlaku terhadapnya.
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Viral

“Rasa Tanaman Saya Sendiri” - Individu Luah Rasa Jijik Selepas Mendengar Jawapan Dari Seorang Ayah

gempak
25/09/2024
15:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu berkongsi kisah dimana terdapat satu kes mahkamah mengenai seorang bapa merogol anaknya sendiri.
Hiburan

Mahkamah Tinggi Tetapkan Tarikh Baharu Sebutan Semula Kes, Da’i Syed Dilepaskan Dengan Jaminan Hanya Prosedur Biasa

gempak
24/09/2024
08:02 MYT
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa menetapkan 5 November depan sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes pendakwah bebas, Da'i Syed yang didakwa atas tuduhan merogol seorang wanita pada tahun 2020.
Unitar