gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selepas Matematik, Netizen Terpukau Tengok Kembar ’Sekumpulan Orang Gila’ Jawab Soalan Teka Peta Dunia
HIBURAN
Beri Ucapan Hari Lahir, Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Rindu Terhadap Ayden & Ara - “Cucunda Berdua Adalah Penyambung…”
HIBURAN
Hilang 20Kg Dalam Masa Lima Bulan, Nazrief Nazri Makin Handsome, Nampak Muda! – “Hard Work Pays Off”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Ayah Kahwin, Ibu Kahwin” - Aksi Jebat Jayden Suruh Sharnaaz Ahmad Kahwin Buat Netizen Terhibur

Azwa Rahman
Azwa Rahman
04/05/2021
13:16 MYT
Sponsor Banner
“Ayah Kahwin, Ibu Kahwin” - Aksi Jebat Jayden Suruh Sharnaaz Ahmad Kahwin Buat Netizen Terhibur
Anak lelaki kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dah Noor Nabila, Jebat Jayden sekali lagi mencuri perhatian wargamaya apabila bertutur seperti menyuruh ayahnya berkahwin lagi.
Menerusi laman sosial Instagram, Sharnaaz berkongsi sebuah video anaknya itu untuk tatapan umum.
Pada perkongsian berdurasi 35 saat itu, Jebat berkata seolah menyuruh bapanya berkahwin selepas ibunya Noor Nabila telah berkahwin dengan bekas suami Laudya Cynthia Bella, Engku Emran.
“Bolehlah ayah, boleh ayah kahwin, ibu dah kahwin,” ujar Jebat kepada Sharnaaz.
View this post on Instagram
A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju apabila mereka turut mendengar Jebat mengomel menyuruh Sharnaaz berkahwin.
Aksi comel Jebat dengan kesan gigitan semut di pipi kanannya juga membuatkan ramai terhibur.
“Dia macam cakap nak ayah kahwin, ibu dah kahwin semua dah kahwin. Betul tak macam tu lah yang saya dengar,” komen seorang wargamaya.
“Jebat suruh baba kahwin ke tu?” tanya seorang wargamaya.
“Kenapa bunyi macam “ayah kahwin, ibu dah kahwin”,” sokong seorang wargamaya.
“Baba, cepatlah kahwin, kahwin!!!” usik seorang wargamaya.
“Aku sorang je ke dengar yang Jebat sebut ibu dah kahwin,” tulis seorang wargamaya
“Semoga baba bertemu jodoh yang sepadan dan sesuai buat di dunia dan di akhirat. Amin,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 500,000 tontonan oleh pengikutnya.
Pada April lalu, nama Sharnaaz dikaitkan dengan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz selepas Sharnaaz memuat naik foto memeluk bahu Azira di Instagram Stories,
Azira juga menjadi antara selebriti yang terlibat dalam misi bantuan banjir yang diketuai Sharnaaz dan Mamu Legacy.
Selain itu, Sharnaaz juga pernah membuat hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 di Instagram pada 26 September tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad
#Jebat Jayden
#Selebriti kacak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement