"Ayah Kandung Azrene Masih Lagi Hidup" - Terima Ucapan Takziah, Fazley Yaakob Betulkan Tanggapan Bapa Isteri Meninggal Dunia

ZULHILMI JALIL
April 21, 2020 01:22 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan bahawa dia sekeluarga menerima banyak ucapan takziah susulan berita kematian pembaca berita, arwah Farit Ismeth Emir.
Menurut Fazley, situasi itu terjadi apabila ramai yang beranggapan bahawa arwah merupakan bapa kandung isterinya, Datin Azrene Ahmad.
"Pertama sekali, salam takziah buat keluarga Allahyarham Farit Ismeth Emir. Doa kami agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
"Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takziah buat saya dan isteri saya @azrene_ahmad, kerana menyangkakan bahawa arwah adalah ayah kandung beliau. Mereka bukan bersaudara. Terlalu banyak ucapan takziah yang hadir di dalam WhatsApp kami sekeluarga," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Menurut Fazley lagi, bapa mentuanya, Abdul Aziz Nong Chik sebenarnya masih lagi hidup.
Bahkan, dalam posting tersebut, Fazley turut berkongsi kepada umum gambar Azrene bersama bapa kandungnya.
"Sebetulnya, ayah kandung Azrene masih lagi hidup dan sihat, dan namanya ialah Abdul Aziz Nong Chik. Yakni, wali yang menikahkan saya dan Azrene 14 tahun yang lalu.
"Saya mohon maaf buat keluarga arwah sekiranya post ini mengganggu emosi kalian semua. Niat saya hanya ini memperbetulkan kekeliruan yang berlaku al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya. Buat sahabat saya @officialdjfuzz semoga kekal tabah menghadapi dugaan ini," jelasnya.
Semalam, pembaca berita veteran RTM, Farit Ismeth Emir yang juga merupakan bapa kepada rapper DJ Fuzz meninggal dunia pada usia 66 tahun.
BACA: Pembaca Berita Veteran RTM, Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Fazley Yaakob di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Fazley Yaakob #Farit Ismeth Emir #Azrene Ahmad