Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Ayah Lebih Baik Sekarang, Dah Boleh Tidur Lena…” – Anak Kongsi Keadaan Terkini Bob Lokman

Fiza Kamarudin 24/01/2020 | 08:12 MYT
Anak kepada pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman dikenali sebagai Ahmad Ryan Mohd Hakim memberitahu keadaan ayahnya kini lebih baik berbanding Ahad lepas.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman dimasukkan ke hospital di Terengganu pada Ahad lalu akibat masalah buah pinggang.
Ryan berkata, minggu lalu ayahnya ke Terengganu kerana memenuhi tanggungjawab dakwah dan jemputan kuliah selama sebulan.
Namun keadaan ayahnya agak serius apabila tidak mampu bernafas dengan baik dan mengalami kesukaran untuk bergerak kerana kaki yang mula membengkak.
Keadaan Bob ketika itu menyebabkan Ryan membawanya ke hospital di Terenggau untuk mendapatkan rawatan segera.
"Ketika ini keadaan ayah agak lebih baik berbanding keadaannya ketika di Terengganu. Ayah juga sudah boleh tidur lena selepas di tempatkan di hospital ini.
“Ayah boleh bercakap namun agak perlahan dan tersekat-sekat selain cepat penat dan mengah," katanya.
Menurut Ahmad Ryan, sepanjang empat hari di hospital ayahnya turut menerima ziarah daripada sahabat-sahabat yang memberikan sokongan moral.
Ryan turut berterima kasih kepada individu dan pelbagai pihak yang sudi menziarahi ayahnya.
Sementara itu Bob, 55, yang kini ditempatkan di Hospital UiTM Sungai Buloh ketika dihubungi berkata, dia sedang berehat dan doktor hospital itu terpaksa mengeluarkan air dari badannya.
"Saya kena masa berada di Terengganu. Rasa susah nak bernafas dan kaki saya bengkak selain timbul bintik-bintik merah.
“Ia membuatkan saya tak boleh tidur sehinggalah kawan membawa saya pulang ke Kuala Lumpur untuk ke sini (Hospital UiTM, Sungai Buloh)," katanya.
Sumber: Astro Awani
#Sakit #Sakit #Bob Lokman
;