"Ayah Minta Maaf Tak Dapat Balik Time Kamu Dilahirkan" - Syaiful Zero Timang Cahaya Mata Kedua

Amri Hassan
Disember 24, 2018 02:04 MYT
Isteri Syaiful Zero, Asyura Rudy telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka semalam.
Bagaimanapun, Syaiful berkongsi rasa terkilan apabila dia tiada di sisi isterinya ketika bersalin.
"Ya Allah syukur Alhamdulillah dengan cahaya mata yang engkau berikan ini untuk kami.
"Alhamdulillah dapat anak kedua lagi kali ni baby girl sepasang dah.
"Ayah minta maaf anakku, Ayah tak dapat balik time kamu dilahirkan," tulisnya di Instagram.
Dalam entri sama, Syaiful yang lebih mesra disapa Melati turut berkongsi wajah comel bayi perempuannya bersama sepotong video.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohammad Sharif Isyraq.
Dalam perkembangan lain, Melati dan Kumpulan Zero kini sedang berentap dalam program realiti, Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018).
Selain Zero, bintang lawak lain yang sedang bersaing merebut gelaran juara ialah kumpulan Masin, Shiro, Bocey, Puteh, Taman dan Joras.
MLM 2018 bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam, setiap Jumaat jam 9 malam dan boleh ditonton menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Tahniah daripada kami di Gempak!
#Anak #Syaiful Zero #MLM 2018