Laman Utama

Ayah Penyanyi Amylea Azizan Kritikal - "Doktor Dah Panggil Mama Dan ..."

gempak
Maliah Surip
09/08/2021
08:22 MYT
Sponsor Banner
Ayah Penyanyi Amylea Azizan Kritikal - "Doktor Dah Panggil Mama Dan ..."
Penyanyi Amylea Azizan menyampaikan khabar duka mengenai kesihatan ayahnya, Azizan Zainal Abidin yang semakin merosot selepas diserang sakit jantung.
Menurut Amylea yang mengemas kini mengenai perkembangan ayahnya di Instagram sebentar tadi, doktor telah memanggil ibunya dan berbincang mengenai sebarang kemungkinan yang akan terjadi kepada lelaki kesayangan mereka itu.
"Keadaan kesihatan ayah semakin menurun hari ini. Doktor telah memanggil Mama dan bercakap mengenai sebarang kemungkinan yang akan terjadi," tulis Amylea.
Dia juga memaklumkan peluang untuk ayahnya yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) adalah tipis.
"Chances untuk dia baik tu adalah tipis. Dan sekarang hanya keajaiban sahaja, i am numb," tulisnya lagi.
Justeru, pelantun lagu Kendati itu meminta jasa baik orang ramai untuk membacakan surah Yassin buat ayahnya selain berharap segala kesalahan yang pernah dilakukan dimaafkan.
"Mohon semua mendoakan, sedekahkan bacaan yassin untuknya, dan pada yang mengenali dia, maafkan ayah saya jika ada dosa dengan kalian," tutup Amylea.
Sementara itu, kemas kini tersebut mendapat kiriman doa dalam kalangan rakan selebriti termasuk Shiha Zikir, Haziq dan Noryn Aziz. Doa juga dikirimkan oleh para pengikut di laman Instagramnya dan meminta agar semua urusan keluarga Amylea dipermudahkan.
Sebelum ini pada akhir Julai lalu, penyanyi berusia 35 tahun tersebut mengenepikan perasaan malunya apabila mengaku terpaksa melakukan gerakan derma kilat bagi menampung kos rawatan ayahnya yang perlu dimasukkan ke hospital swasta berikutan hospital kerajaan dipenuhi pesakit COVID 19.
Selain menerima rawatan sakit buah pinggang, ayahnya yang berusia 62 tahun dikatakan terkena jangkitan kuman pada paru paru dan beransur pulih.
Instagram: @amyleaazizan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live