Penyanyi nasyid Fakhrul UNIC berkongsi potongan video perbualan video bersama anak bongsunya, Muhammad Ayyash.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Dalam video itu, anak kecil Fakhrul kelihatan cukup terhibur melihat gelagat bapanya yang menukarkan wajah kepada 'filter' berupa kartun tikus.

Dalam pada itu, Fakhrul juga berpendapat, seseorang bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak.

"Ayah ni dia sanggup buat apa saja demi anak, termasuk jadi tikus guys," selorohnya di ruangan kapsyen.



Fakhrul juga meminta orang ramai untuk mendoakan Ayyash agar membesar menjadi seorang anak yang soleh.

"Enam bulan dah Ayyash, dah nak merangkak, besar kat kampung saja, doakan ya jadi anak soleh," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Fakhrul meninggalkan respon positif, mereka terhibur melihat momen manis bapa dan anak itu.

ayah ni dia sanggup buat apa saja demi anak, termasuk jd tikus guysss guys ? . 6 bulan dah ayyash, dh nak merangkak..besaq kat kg ja ? doakan ye jd anak soleh. . . #muqri #waffa #ayyash

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on


Sekadar imbasan, Fakhrul telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Syahirah dan memiliki tiga cahaya mata.