Penyanyi Jaclyn Victor mengakui tersentuh dengan kisah yang dikongsikan oleh peserta Mikrofon Impian, Mohamad Eifan Hanafee Nazrul, yang ditinggalkan ibu bapa dan dibesarkan bersama nenek serta atuk.
Menurut Jaclyn yang dijemput sebagai juri jemputan dalam Mikrofon Impian, mengakui faham dengan apa yang dirasai oleh Eifan dan berharap dia tidak berputus asa untuk berjaya dalam kehidupan.
"Bila dengan cerita awak saya rasa kita ada banyak persamaan kerana ayah saya meninggal semasa umur saya 9 tahun.
"Jadi kita orang memang tiada apa dan itu mendorong saya untuk berjaya dan perkara itu menjadikan saya lebih kuat sehingga sekarang.
"Saya nampak apa yang awak lalui itu bukan budah dan saya kagum dengan kecekalan yang ada pada awak," katanya.
Episod keempat program Mikrofon Impian menyaksikan Zulaikha Mohamed Kadi sekadar memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 6,000 untuk menyelesaikan masalah hutangnya.
Menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian yang dibawakan oleh Chatime Malaysia, Zulaikha berkata dia bersyukur apabila dipilih sebagai juara.
"Alhamdulillah, diatas kemenangan ini walaupun saya gagal untuk mendapat bayaran sepenuhnya daripada jumlah hutang saya.
"Plan saya selepas ini ingin keluarkan kenderaan dulu kerana itu akan memudahkan saya untuk berniaga.
"Kesilapan yang saya tidak akan ulang lagi sekali ialah pasal hutang kerana disebabkan hutang saya jadi macam ini," katanya.
Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Masyarakat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.
Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).