Dermawan terkenal, Ebit Lew terpaksa menjalani kuarantian selama tujuh hari selepas pulang dari Afrika Selatan, kemarin.

Ebit memberitahu beliau menangis kerana tidak dapat menanggung rindu untuk berjumpa isteri dan anak-anaknya selepas dua minggu menjalani bantuan kemanusian.

“Tadi baru lepas video call bidadari dan anak-anak. Tak boleh nak cakap. Rindu semua. Laju jantung. Mata bergenang. Rindu sangat. Menangis jer.

“Anak kata, ayah rindunya pada ayah. Ingat dapat jumpa. Ayah diwajibkan kuarantin 7 hari di bilik hotel. Tak boleh keluar mana-mana. Rindu sangat. Video dengan anak sebelum pergi hari tu.

“Saya sangat rindu. Bagi seorang suami tiadalah ubat lebih besar bagi segala keletihan melebihi pelukan seorang bidadari. Memegang tangannya. Dapat dukung dan terbangkan anak-anak. Anak-anak nikmat Allah yang sangat besar.

“Esoklah ayah sambung call yer. Tak tahan nak menangis. Ayah selalu sorokkan tangisan. Tapi siapa tahu saat seorang diri menangis sekuat-kuatnya. Tangisan itu ubat,” katanya.

Pendakwah bebas itu berkongsi luahan rasanya di akaun Instagram mililknya.

Menerusi entri yang sama beliau memuat naik rakaman video ketika melakukan panggilan video bersama isteri dan anak-anaknya di sebuah hotel tempat dikuarantin.

Pun begitu, Ebit akur kerana itulah pengorbanan yang dilakukan untuk membantu golongan yang benar-benar susah dan tidak dapat kasih sayang ibu bapa.

“Teringat ramai di luar sana tidak merasai kasih sayang ibubapa. Kasih sayang keluarga. Semoga Allah terus temukan saya dengan mereka yang susah dan benar-benar memerlukan diluar sana. Belajar berjuang dan berkorban sedikit.

“Wahai bidadariku dan anak-anakku. Semuanya pasti ada ganjaran disana nanti. I love you sayang bidadariku. I love u anakku.

“Jika ada pahala untuk semua ini, saya hadiahkan pahalanya buat ibubapa yang amat saya cintai sayangi,” katanya lagi.

Tanpa sempadan, terdahulu pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew terus menyantuni golongan memerlukan dan menyalurkan bantuan sehingga ke Afrika dalam misi bantuan kemanusiaan dan kasih sayang.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)