"Ayah Tak Sempat Nak Sambut Awak Semalam" - Najdi UNIC Dapat Baby Boy

Amri Hassan
Julai 17, 2018 04:50 MYT
Anggota kumpulan nasyid UNIC, Imam Muda Najdi telah selamat menimang cahaya mata kedua pada petang semalam.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh ibu penyanyi itu, Norlida Daud menerusi Instagram peribadinya.
"Alhamdulillah, syukur. Reen selamat melahirkan baby boy. Baby keluar tepat azan Maghrib, pukul 7.31 malam," tulisnya bersama sekeping foto mengendong bayi.
Najdi atau nama sebenarnya Wan Najdi Wan Mohd Noh, 27, bagaimanapun tidak berkesempatan untuk menyambut kelahiran cahaya mata keduanya ekoran urusan kerja di Thailand.
"Ayah tak sempat nak sambut awak semalam, awak keluar betul-betul waktu azan Maghrib, ayah sampai pun tengah malam tadi.
"Alhamdulillah sihat, terima kasih semua yang mendoakan. Anak kedua saya baby boy 3.2 kilogram," tulis Najdi.
Najdi mendirikan rumah tangga bersama Dr. Nor Azreen Rahim pada tahun 2016 dan telah dikurniakan seorang puteri, Wan Maisarah Wan Najdi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @najdiunic
#Bersalin #UNIC #Imam Muda Najdi