BERITA
"Ayah Tiri Kiriman Tuhan" - Bawa Tuah Pada Hasmalinda Menangi Pakej Umrah Menerusi Hajatku Di Sinar
Dua orang pendengar radio Sinar telah dipilih untuk menunaikan ibadah Umrah menerusi Hajatku Di Sinar.
Menurut salah seorang pemenang, Hasmalinda mengakui bersyukur apabila dipilih untuk memenangi pakej menunaikan ibadah Umrah.
"Alhamdulillah diatas kemenangan ini dan saya bersyukur apabila dipilih untuk memenangi pakej Umrah ini.
"Kemenangan ini adalah untuk membalas semula jasa abah kerana di adalah ayah tiri kiriman tuhan terbaik dalam hidup saya," katanya.
Menerusi Hajatku Di Sinar, hampir 600 penyertaan diterima dan hanya lima peserta disenarai pendek untuk ke peringkat akhir berdasarkan kisah menarik yang telah dikongsikan oleh mereka menerusi laman web Sinar.
Lima peserta akhir telah diadili oleh Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Imam Muda Asyraf dan Nurul Afiqah (Anak kepada pengasas Almas Beauty & Health).
Selain Hasmalinda, seorang lagi pendengar yang memenangi pakej Umrah ialah Intan Noorazura.
Must-Watch Video