Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Ayah Tolong Ayah… Dorang Pukul Abang…”- Bergelut Dengan Polis, Aliff Aziz Rayu Bantuan Bapa?

Syafiqah Jalal 10/11/2019 | 11:39 MYT
Nama pelakon Aliff Aziz kembali menjadi sebutan netizen apabila tularnya rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menyerupai wajahnya sedang bergelut dengan polis di Singapura.
Menerusi video yang tular di laman Twitter yang dimuat naik oleh pengguna @HzrqHalim itu kelihatan lelaki yang diyakini bekas suami kepada Bella Astilah itu terbaring di atas jalan ketika polis cuba hendak menangkapnya.
Malah lelaki yang dipercayai Aliff itu menjerit-jerit memanggil bapanya dari telefonnya dengan merayu supaya diselamatkan kerana mendakwa dirinya dipukul.
Video tersebut bagaimanapun mendapat perhatian netizen yang rata-rata terkejut dengan keadaan jejaka itu.
“I just don’t know what to say.
"Apa pasal ni? Buat hal lagi ke apa?
"Sebenarnya makin kesian dekat Aliff ni, tapi tulah malas nak kesian tapi nanti kesian juga tapi nanti malas,” komen antara netizen.
Namun entri tersebut telah pun dipadamkan oleh pengguna @HzrqHalim dan telah dimuaik naik semula oleh @NazDon_21.
Bagaimanapun sehingga kini belum ada maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Aliff Aziz #Polis #Gaduh #Bergelut
;