Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ayash Affan Masih Dalam Inkubator” - Gambar Tular Bukan Bayi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, HTCM Turut Perjelas Situasi Sebenar!

Hanafis Haris
10/08/2021 05:07 MYT

Hospital Cancelor Tuanku Mukhriz (HTCM) UKM menafikan gambar yang tular sejak semalam bukanlah bayi kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Perkara itu dinyatakan HTCM menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan, hari ini.

“Pihak HCTM UKM merujuk kepada penularan gambar bayi yang didakwa anak kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

“Dengan ini memaklumkan gambar bayi tersebut bukan anak Allahyarham dan menafikan sumbar gambar tersebut diperoleh daripada kakitangan HTCM seperti didakwa.

“Pihak pengurusan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, pengurus arwah Siti Sarah, Nana Mohamad Rom turut menafikan gambar tersebut, malah memohon agar orang ramai berhenti berkongsi gambar berkenaan.

"Bayi itu bukan anak keempat Shuib dan arwah yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

"Ayash Affan masih dalam inkubator dan belum berpeluang pulang ke rumah.

"Saya mohon orang ramai berhenti menyebarkan gambar ini. Tolong jaga sensitiviti keluarga Shuib, ketika ini," katanya.

Terdahulu, gambar seorang bayi tular dalam laman sosial dan ramai yang beranggapan itu adalah bayi dilahirkan arwah Siti Sarah pada Jumaat lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi ini.

Sekadar info, awal pagi semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi lagu Semakin itu sebelum ini bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

BACA: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan – “Memang Permintaan Arwah Untuk Disemadikan Sebelah Pusara Ibunya…”







;