Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ayash Senyum Dekat Siapa Tu Sayang?" - Foto Suntingan Shuib 'Didampingi' Arwah Siti Sarah Runtun Hati Netizen

Amri Hassan
18/11/2021 04:55 MYT
"Dah tak ada dan takkan ada lagi. Yang ada hanya rindu tak berpenghujung," demikian luahan hati pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu di Instagramnya baru-baru ini.

Tulisan itu disertakan bersama sepotong video dirinya sedang memangku anak bongsunya, Ayash Affan ketika majlis majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik pada Selasa.

Lebih memilukan, video berkenaan dikongsikan bersama gambar yang telah disunting oleh pengguna Facebook memperlihatkan arwah Siti Sarah ada sekali bersama Shuib dan Ayash.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


"Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang…Alhamdulillah Syukur Ya Allah…Allah maha tahu di atas segalanya," tulis Shuib pada hantaran foto asal berkenaan.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Bunga Querida pula akui sebak melihat foto yang dikongsikan Shuib sebelum menyuntingnya bersama imej Siti Sarah.

"Terbaca post Shuib, Allah rasa sebak. Anakku, jangan bersedih meski ibu memeluk dirimu sejenak saja.

"Kerana yang perlu kamu tahu, hati ibu memelukmu selamanya," tulis Bunga Querida.


Sementara itu, kongsi abang kepada arwah Siti Sarah pula, Ahmad Firdous, foto suntingan memperlihatkan Ayash seperti sedang tersenyum ke arah ibunya itu benar-benar menyentuh hatinya.

"Gambar ini buat aku menangis. Ya Allah," coret Firdous.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Anak #Siti Sarah #Netizen #Akikah #Shuib #Edit #Tahlil #Ayash Affan
;