Hiburan
Ayda Jebat Belajar Vokal Menerusi YouTube
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan dia mempelajari cara untuk memperbaiki vokal dan
teknik nyanyian menerusi laman video YouTube.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 27, dia sudah lama tidak menghadiri kelas
vokal kerana kesuntukan masa.
"Sebelum ini, jika saya berkesempatan, memang saya menghadiri kelas dan belajar teknik nyanyian
dengan guru vokal.
"Namun begitu, saya sudah lama tidak menghadiri kelas vokal kerana kesuntukan masa dan sibuk
dengan perkembangan karier.
"Apa yang saya boleh lakukan, jika saya mempunyai sedikit masa renggang, saya buka laman
YouTube dan mencari video berkaitan.
"Saya akan buat latihan sendiri dan mengikut cara-cara yang ditonjolkan dalam video YouTube,
terutamanya jika saya mahu membuat persembahan nyanyian," kata Ayda.
Ayda ditemui di majlis pertunjukan fesyen Floraya Ariani 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
baru-baru ini.
Bagi Ayda, banyak yang perlu dipelajari dalam bidang nyanyian kerana dia masih menganggap kekuatan vokalnya masih belum ditahap yang cemerlang.
"Bagi saya sendiri, cara dan teknik nanyian saya masih belum bagus, vokal saya bukanlah berada
di tahap yang terbaik.
"Banyak perkara yang perlu saya pelajari jika saya mahu bergelar penyanyi yang baik. Saya tak
akan pernah berhenti belajar dan menuntut ilmu dalam bidang yang saya ceburi ini," katanya
lagi.
Must-Watch Video