Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Ayda Jebat Belajar Vokal Menerusi YouTube

Kamaruddin Razal 05/05/2019 | 21:27 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan dia mempelajari cara untuk memperbaiki vokal dan
teknik nyanyian menerusi laman video YouTube.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 27, dia sudah lama tidak menghadiri kelas
vokal kerana kesuntukan masa.
"Sebelum ini, jika saya berkesempatan, memang saya menghadiri kelas dan belajar teknik nyanyian
dengan guru vokal.
"Namun begitu, saya sudah lama tidak menghadiri kelas vokal kerana kesuntukan masa dan sibuk
dengan perkembangan karier.
"Apa yang saya boleh lakukan, jika saya mempunyai sedikit masa renggang, saya buka laman
YouTube dan mencari video berkaitan.
"Saya akan buat latihan sendiri dan mengikut cara-cara yang ditonjolkan dalam video YouTube,
terutamanya jika saya mahu membuat persembahan nyanyian," kata Ayda.
Ayda ditemui di majlis pertunjukan fesyen Floraya Ariani 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
baru-baru ini.

First raya! ♥️ Wahhh baru sekilas pandang dah tau Magnolia ni nak pakai hari raya ke berapa hihi Floraya Collection tahun ni dia punya ayu lain machiemmm ? Sebab prints baju raya awak ni kite buat sendiri memang baju awak takkan sama dengan biras, dari jauh orang dah tak kelip mata tengok baju awak ? . Hari ni mimin nak jemput semua datang beraya kat butik kite! Orang nak start puasa kite da raya dah sebab kite takut baju raya kite sold out pleazeee jangannnn ? . Walk in boutique : ? Ariani RTW Jakel Mall Kuala Lumpur ? Ariani RTW Wangsa 118 Wangsa Maju ? Ariani RTW BTHO Cheras ? Ariani RTW Ostia Bangi (sebelah Tol Bangi) ? Ariani RTW Wisma Jakel S.Alam, Selangor ? Ariani RTW Jakel Senawang, Negeri Sembilan Online purchase via WWW.ARIANIONLINE.MY We ship worldwide!

A post shared by ARIANI READY-TO-WEAR (@arianirtw) on

Sesi senaman ringkas untuk mata anda dibawakan khas oleh mimin! ? Okay yg ni ramai yg request sebab awak duk la mintak mimin list kan baju yg best selling kat butik selama 4 hari kite dah launched ni and one of it is Fleur ? Jangan request cane nak sebut sebab lidah mimin pure melayu awak. Walaupun nama very minah salleh, Fleur punya manis tu memang bukti kukuh dia ni asal usul melayu jugek ☺️? . Tengok dia punya prints memang confirm menyelimkan, tapi yg lagi ramai loveee sebab Fleur ni ada hint of nice pleats kat bahagian bawah baju ? Lengan n skirt kite buat simple2 je sebab baju ni dah cukup gojes n tak nak lah lengan kepuk2 nanti kang tuan badan belum start makan, lengan kite dah cecah kuah lodeh dulu ? siapa nak tengok updates new baju from mimin today kena follow @ARTWCatalogue ya ♥️ . Walk in boutique : ? Ariani RTW Jakel Mall Kuala Lumpur ? Ariani RTW Wangsa 118 Wangsa Maju ? Ariani RTW BTHO Cheras ? Ariani RTW Ostia Bangi (sebelah Tol Bangi) ? Ariani RTW Wisma Jakel S.Alam, Selangor ? Ariani RTW Jakel Senawang, Negeri Sembilan Online purchase via WWW.ARIANIONLINE.MY We ship worldwide!

A post shared by ARIANI READY-TO-WEAR (@arianirtw) on

Bagi Ayda, banyak yang perlu dipelajari dalam bidang nyanyian kerana dia masih menganggap
kekuatan vokalnya masih belum ditahap yang cemerlang.
"Bagi saya sendiri, cara dan teknik nanyian saya masih belum bagus, vokal saya bukanlah berada
di tahap yang terbaik.
"Banyak perkara yang perlu saya pelajari jika saya mahu bergelar penyanyi yang baik. Saya tak
akan pernah berhenti belajar dan menuntut ilmu dalam bidang yang saya ceburi ini," katanya
lagi.
#Penyanyi #Ayda Jebat #Penyanyi
;