HIBURAN
Ayda Jebat Berehat Sementara Akibat Slip Disc, Mohon Doa Peminat
Asyraf Roslan
01/03/2025
|
08:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terpaksa berehat seketika daripada aktiviti seninya selepas disahkan mengalami mild slipped disc.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Nakal itu memaklumkan bahawa dia baru sahaja mengetahui tentang keadaannya dan kini sedang menjalani rawatan serta berehat secukupnya.
“Rehat sebentar bersama slipdisc.
“Assalamualaikum! Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap janjiy.. (Nurse dengan staff kat sini kalau boleh nak pagar bilik ni sebab pesakit asyik kabur aja tah kemana mana) haha,” katanya
Pada masa yang sama, Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat turut memohon doa daripada orang ramai agar kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.
Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu juga meminta nasihat daripada mereka yang pernah mengalami masalah serupa mengenai kaedah pemulihan yang berkesan.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang.
“Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please.. Salam Ramadhan juga buat semua,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak putus-putus mengirimkan doa agar Ayda segera sembuh, selain turut berkongsi pelbagai tip dan pengalaman dalam menghadapi masalah slip disc.
“Alahai. Speedy recovery sis ❤️❤️❤️ and jangan buas sgt please lol. Rest betul2. I pray each day gets better,” - Mimy Fly
“Get well soon kakak sayang,” - Aisha Retno
“sekali ubat and rawatan hospital, i ikhtiar dgn saya acupunture dkt tabib cina (THE BEST EVER AND MUST DO!)
“saya L3/4/5 S1 alhamdulillah succefully done the laser operation…follow the physio treatment in shaa Allah it will manageable FYI operation last November and condition is gettong better
“Janji taw rehat betul²..namo hardest² dah,da sihat bebetul baru boleh hardest lagi..semoga cepat sembuh awak..selamat berpuasa,” kata netizen.