Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menerima mesej peribadi oleh seorang pengguna Instagram memintanya berpisah dengan suami, Nabil Mahir dan berkahwin dengan aktor, Zul Ariffin.

Ayda berkongsi foto paparan skrin mesej tersebut menerusi ruangan Instagram Story.

Dalam perkongsian tersebut, Ayda menulis kapsyen menggambarkan rasa terkilan kerana masih wujud orang sebegitu pada zaman kini.

"Ceraikan jela suami awak tu..lagi baik kahwin Zul Ariffin," tulis individu berkenaan.

"Ada lagi orang macam ni," tulis Ayda ringkas sebagai kapsyen.



Ayda, 29, dan suaminya, pengacara Nabil Mahir, 33, selamat bergelar suami isteri pada 1 Januari 2021.

Sebelum itu, pasangan selebriti ini mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April tahun lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.