Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 1 Januari lalu.

Justeru, bagi memperingati hari ulang tahun mereka disatukan, pasangan tersebut telah membeli sebuah kediaman baharu jenis banglo tiga tingkat sebagai hadiah setelah setahun menyemai hidup bersama.

“Kami menghadiahkan kediaman ini untuk diri sendiri sempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan pertama pada 1 Januari tempoh hari.

“Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah datang bertubi-tubi lepas mendirikan rumah tangga. Sesuai dengan kerja keras kami berdua selama ini. Selain itu, kami lihat ia merupakan rezeki anak kami, Ana Nayla.

"Semua dipermudahkan berkat doa ibu bapa kami, rakan-rakan dan juga peminat yang sentiasa menyokong. Syukur kepada Allah dengan rezeki yang dilimpahkan,” kata Ayda.

BACA: Kagum Rakyat Pantas Hulur Bantuan, Ayda Jebat Turut Sama Salur Sumbangan Ringankan Beban Mangsa Banjir

Sungguhpun begitu, Ayda memilih untuk tidak mendedahkan harga rumah yang dibeli oleh dia dan Nabil.

Ujar Ayda, apa yang penting adalah segalanya berbaloi apabila melihat rumah sendiri tersergam indah di hadapan mata kami.

“Rezeki yang dikurniakan Allah tidak putus, baik sebelum mahupun selepas bernikah. Pada waktu pandemik juga kami tidak putus bekerja.

"Dalam masa yang sama, rezeki anak juga menjadikan urusan pembelian rumah ini dipermudahkan,” katanya yang aktif menjalankan kempen sewaktu sedang hamil tahun lalu.

BACA: Kerana Bimbangkan COVID-19, Nabil Mahir Booked Satu Panggung Semata-Mata Mahu Tonton Spider-Man

Terdahulu, menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing, Ayda dan Nabil memuat gambar yang memaparkan momen indah mereka di hadapan kediaman yang baru dimiliki.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​