Hiburan
Ayda Jebat & Nabil Mahir Kahwin 1 Januari 2021
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 28, bersama tunangnya, Nabil Mahir, 32, yang merupakan bekas pengacara program hiburan HLive! mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Menerusi siaran di saluran YouTube Channel Wuvvshow, pasangan sama cantik sama padan ini berkongsi tarikh bahagia tersebut, sebentar tadi.
"Ini adalah pengumuman tarikh perkahwinan iaitu 1 Januari 2021," kata Nabil.
Dalam pada itu, pelantun lagu Temberang turut memohon agar mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.
Kepada kawan-kawan, keluarga dan juga peminat, minta doakan yang terbaik untuk kita berdua," kata pemilik nama Nur Suhada Jebat.
Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Pasangan tersebut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.